Bahaya Minum Air Sejuk Ketika Berbuka
Setelah seharian kita 
menahan lapar dan dahaga, sudah pasti kita mahu sesuatu yang 
menyegarkan. Salah satunya adalah dengan mengambil air sejuk. Dengan air
 sejuk rasanya tubuh akan kembali segar. Tapi, tahukah anda apabila kita
 berbuka dengan mengambil air sejuk kesihatan kita boleh terganggu. 
Menurut kajian, minum 
minuman sejuk ketika berbuka puasa boleh menyebabkan kejang pada perut. 
Selama 14 jam perut dalam keadaan kosong apabila diisi dengan air sejuk,
 maka perut akan terkejut dan menyebabkan penguncupan. Inilah yang 
menyebabkan kita terdedah dengan penyakit ulser. 
Selain itu, apabila kita
 sering mengambil air sejuk, berat badan kita akan bertambah. Mengapa 
demikian? Kerana air sejuk boleh membekukan lemak yang ada di darah 
kita. Sehingga menyebabkan peredaran darah tidak lancar. Apabila darah 
tidak lancar maka proses pembakaran lemak dan metabolisme tubuh akan 
terganggu. Dan ini boleh menyebabkan badan menjadi gemuk. Ketika kita 
sudah makan dan mengambil minuman sejuk, maka air sejuk itu boleh 
menyempitkan usus dan menggangu proses pencernaan. Akibatnya perut boleh
 menjadi buncit. 
Oleh itu, untuk kita 
terhindar dari gangguan kesihatan sepanjang berpuasa, alangkah baiknya 
kita atur pola pemakanan kita. Biasakan ketika berbuka puasa bermula 
dengan meminum air putih yang tidak sejuk. Lalu kita juga boleh 
mengambil makanan yang bersifat manis seperti kurma dan manisan. Selepas
 5-10 minit, barulah kita boleh mengambil air sejuk kerana keadaan perut
 sudah stabil.
Post a Comment