Sifat Pokok Gharqad
Kawasan penanaman pokok yahudi di wilayah Palestine:
1. Hutan laut tengah dan hutan semak belukar (2209 spesies).
2. Padang rumput dan hutan semak belukar (1434 spesies).
3. Semak belukar yang berumput (1062 spesies).
4. Padang pasir (1058 spesies).
5. Tumbuh-tumbuhan hijau di Gunung Hermon (991 spesies).
Al-'Ausaj atau Gharqad, si pohon Yahudi
Nama Latin: Lycium shawii roem, nama lain Lycium arabicum schwiein fex, dan Boiss lycium persicum miers.
Nama pohon yang dikenali: Ausaj, Gharqad Sahnun, dan pohon Yahudi. dinamakan demikian (Gharqad),
kerana sebagaimana yang disebutkan dalam hadis yang mulia, Rasulullaah
saw bersabda tentang peperangan majdaliun (Armageddon), Yahudi akan
bersembunyi di balik pohon apa saja, dan pohon-pohon tersebut akan
menyingkap kewujudan mereka dengan mengatakan, "Ada Yahudi sedang
bersembunyi di belakangku, kemari dan bunuhlah dia! "Kecuali pohon Gharqad ia tidak mahu menunjukkan kalau ada Yahudi di balik mereka. Wallaahu a'lam.
Sifat pokok Gharqad
Pohon yang berduri keras
dan durinya beracun, tingginya biasanya mencapai 1-2 meter, tetapi saya
dengan mata kepala sendiri melihat sebahagian pokok ini di Bukit Saina
tingginya mencapai 5 meter.
Akarnya mengeluarkan
duri dan zaghab (bulu), khususnya pada bahagian hujung. Daunnya
berbentuk seperti sudu kecil, berwarna hijau segar, biasanya sekumpulan 3
daun dilengkapi dengan duri-duri di sampingnya. Sedangkan bunganya
berwarna putih kebiru-biruan, dan buahnya berwarna merah bersaiz dengan
biji buah Himsh, lebih kurang seperti itu.
Masa bunga dan berbuah: pada musim bunga dan musim panas.
Manfaat perubatan: untuk
merawat penyakit tidak boleh buang air, dan buahnya bermanfaat untuk
merawat penyakit usus besar dan untuk merawat penyakit kuning.
Pokok ini selalu berdaun
di sepanjang musim, sedangkan pertumbuhannya mengalami pembaharuan pada
selang antara bulan Mac-April, bunganya berbentuk buqiyyah (seperti
terompet), dengan warna merah lembayung (violet) cerah, atau putih
dengan lima daun, buahnya bulat dengan warna oren atau merah , lebih
kecil daripada biji Himsh (dalam bahas Inggeris: chick-pea), buahnya
boleh dimakan, tetapi rasanya masam seperti tomato. Seekor unta jika
sakit akan mencari dan datang pada pokok ini untuk dimakan.
Pada musim bunga, pokok
ini dipenuhi oleh burung, dan burung pemangsa kecil seperti shurad
menggunakannya untuk menyimpan mangsa di duri-durinya.
Pohon yang hidup untuk
masa yang lama, tingginya kira-kira 2 meter, daun-daunnya seperti
lingkaran, diselingi oleh duri-duri tajam, bunganya putih pucat dengan
saiz kecil, buahnya merah dan kecil seperti tomato. Disebut dengan
al-Misha ', ia adalah makanan kesukaan burung hubara (jenis burung
berbadan besar dan berkaki panjang).
Dialah pokok Yahudi yang
sekarang ini Bangsa Yahudi beramai-ramai menanamnya, kerana disebutkan
kelak di akhir zaman, batu dan pokok-pokok boleh bercakap, mereka
berkata, "Wahai muslim, ini ada Yahudi sedang bersembunyi di belakangku,
kemari dan bunuhlah dia!" Kecuali pokok Gharqad
s:blogislam
s:blogislam
wallaahu a'lam.
Post a Comment