Maldives Negara Islam Yang Menakjubkan
Sejarah
 Ehwal Islam Maldives salah satu laman rasmi Maldives menyebutkan negara
 tersebut menjadi negara Islam pada tahun 1153 Masihi. Sebelumnya, 
Maldives merupakan negara Buddha.
Menurut
 legenda, adalah seorang Muslim Sunni dari Maghribi (Afrika Utara), 
 yang membawa Islam ke Maldives. Muslim tersebut pembawa syiar yang juga
 seorang hafiz, Abul Barakat Yoosuf Al Barbary, tiba di Kota MalƩ 
(sekarang ibu kota Maldives) dan menetap di sana untuk menyebarkan 
Islam.
Legenda
 tersebut berdasarkan pada kisah seorang musafir Muslim Berber berasal 
Maghribi, Abu Abdullah Muhammad Ibn Batuta (1304-1368), dalam catatan 
perjalanannya, Rihla (The Journey).
Menurut
 Jawaharlal Nehru dalam Glimpses of World History, Ibn Batuta adalah 
seorang peneroka ulung. Beliau menghabiskan masa 30 tahun, di antaranya 
untuk menjelajah Afrika Utara, Afrika Barat, Eropah Selatan, bahagian 
barat Eropah Timur, Timur Tengah, Asia Selatan, dan bahagian timur 
China. Ibn Batuta juga dikenali sebagai Shams ad-Din (AS Chughtai, 1990 
dalam Ibn Battuta - The Great Traveler).
Selanjutnya,
 menurut Thangeehu Kurevunu Dhivehi Raajjeyge Thaareekhuge Thanthankolhu
 (Petikan-petikan dari Sejarah Maldives yang telah diteliti), Abul 
Barakat berjaya mengislamkan Maldives selepas melalui perjuangan yang 
panjang dan rumit. Usaha pertamanya gagal sebelum akhirnya dia memilih 
mngenalkan syiar Islam di kalangan kerajaan. Kerana, orang pertama yang 
memeluk Islam pada masa itu adalah seorang raja, Sri Tribuvana Aditiya, 
yang kemudian diikuti isteri dan anak-anaknya.
Setelah
 memeluk Islam, raja menukar kepada nama Islam, yakni Muhammed Ibn 
Abdulla. Raja (kemudian diganti menjadi sultan) yang telah memimpin 
sejak 1138 M itu lalu menghantar pendakwah-pendakwah Islam ke pelbagai 
penjuru Maldives untuk menyebarkan Islam.
Setelah
 penduduk Maldives memeluk Islam, candi-candi dan patung-patung Buddha 
dimusnahkan. Penggalian arkeologi yang dilakukan dalam abad ini 
membenarkan fakta mengenai kewujudan candi-candi tersebut selama abad 
ke-12 Masihi.
Masih
 menurut legenda yang sama, Sultan Muhammed Ibn Abdulla-lah yang 
mengarahkan pembangunan Masjid Dharumavantha Rasgefaanu Miskiiy 
(diterima dari kata "mosque"), termasuk juga cikal bakal pembangunan 
Hukuru Miskiiy pertama yang kini dikenali pula dengan nama Friday 
Mosque. Dan Abul Barakat sang pembawa Islam diminta menetap di Maldives 
untuk mengajar Islam kepada penduduk di sana.
Abul
 Barakat akhirnya meninggal dunia, masih dalam masa kekuasaan Sultan 
Muhammed Ibn Abdulla. Menurut sejarawan Hassan Thaajuddheen seperti 
disiarkan dalam maldivesstory.com.mv, Abul Barakat dimakamkan di 
Medhuziyaaraiy di Kota MalƩ. Medhuziyaaraiy kini menjadi salah satu 
laman suci yang terletak di sebelah istana presiden dan menjadi daya 
tarikan pelancongan di Maldives. Dalam bahasa Dhivehi, "Medhu" bererti 
pusat atau tengah, sedangkan "ziyaaraiy" bererti makam.


Post a Comment