Cara syaitan membogelkan perempuan

Syaitan
 sangat tidak suka kalau ada manusia yang taat kepada Allah. Kerana 
itulah syaitan selalu berusaha menggoda manusia agar tergelincir dari 
jalan Allah. Dalam menggoda manusia, syaitan memiliki berbagai cara dan 
strategi. Dan yang sering dipakai adalah dengan memanfaatkan hawa nafsu,
 yang memang memiliki kecenderungan mengajak kepada keburukan (ammaratun
 bis su '). Syaitan seakan mengetahui kecenderungan nafsu kita, dia 
terus berusaha agar manusia keluar dari garis yang telah ditentukan 
Allah.
Salah
 satu sebab kehancuran umat manusia adalah kerana hubungan lawan jenis 
yang tidak sah. Dan sebelum terjadinya hubungan ini, biasanya didahului 
dengan saling memandang, saling tertarik, lalu saling bertemu, dan 
selanjutnya saling bermaksiat. Untuk menjayakan terjadinya proses kemaksiatan inilah syaitan berusaha melepaskan hijab atau pakaian muslimah. Lepasnya hijab muslimah merupakan jalan licin yang mudah menggelincirkan manusia dari ketaatan kepada Allah.
Ini adalah tahap-tahap yang digunakan oleh syaitan dalam melepas pakaian muslimah:
1. Menghilangkan Definasi Hijab.
Pada
 tahap ini, syaitan membisikkan kepada para wanita, bahawa pakaian apa 
pun termasuklah hijab, tiada kaitannya dgn agama, ia hanya sekadar 
pakaian atau gaya hiasan bagi para wanita. Jadi tidak ada pakaian 
syar'ie. Pakaian, dengan apa pun bentuk dan namanya, tetap juga dikira 
pakaian.
Akibatnya,
 ketika zaman telah berubah, atau kebudayaan manusia telah berganti, 
maka tidak ada masalah utk pakaian ikut berganti juga. Demikianlah pula 
ketika seseorang berpindah dari suatu negeri ke negeri yg lain, maka 
harus baginya untuk menyesuaikan diri dengan pakaian penduduknya, walau 
apa pun yang mereka pakai.
Berbeza
 halnya jika seorang wanita berkeyakinan bahawa hijab adalah pakaian 
syar'ie (identiti keIslaman), dan memakainya adalah ibadah, bukan 
sekadar gaya (fashion). Bagi mereka ini, biar hidup dalam zaman dan 
negeri mana sekalipun, hijab syar'ie akan tetap dipertahankan.
Pertama: Membuka Bahagian Tangan
Telapak
 tangan mungkin sudah kebiasaannya terbuka, maka syaitan membisikkan 
kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan model yakni membuka 
bahagian hasta (siku hingga telapak tangan). "Ah tidak mengapa, kan 
masih pakai tudung dan pakai baju panjang?" Begitu bisikan syaitan. Dan 
benar, si wanita akhirnya memakai pakaian model baru yang menampakkan 
tangannya, dan ternyata para lelaki melihatnya juga seperti biasa saja. 
Maka syaitan berbisik, "Lihat ... tiada apa-apa, kan?"
Kedua: Membuka Leher dan Dada
Setelah
 menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan untuk 
membisikkan perkara baru. "Kini buka tangan sudah menjadi lumrah, maka 
perlu ada peningkatan model pakaian yang lebih maju lagi, yakni terbuka 
bahagian atas dada kamu. Tapi jangan sebut sebagai pakaian terbuka, 
hanya sekadar sedikit untuk mendapatkan hawa, agar tidak panas. Cubalah!
 Orang pasti tidak akan peduli, sebab hanya sebahagian kecil sahaja yang
 terbuka. "
Ketiga: Berpakaian Tapi Telanjang
Seterusnya
 syaitan berbisik lagi, "Pakaianmu hanya biasa-biasa saja .. bagaimana 
kalau kamu cari fesyen atau bahan lain yang lebih bagus?". Si wanita 
berfikir sejenak. Pakaian yang macam mana ya? "Banyak fashion dan kain 
yang agak tipis, lalu bentuknya dibuat agak ketat biar lebih sedap dan 
cantik dipandang," syaitan memberi idea baru.
Maka
 tergodalah si wanita. Dicarinya model pakaian yang ketat dan kain yang 
tipis bahkan transparant. "Mungkin tak ada masalah, kan potongan 
pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan model nya saja yg agak 
berbeza, biar nampak lebih feminin," begitu dia menambah. Dan hasilnya 
pakaian tersebut akhirnya menjadi budaya di kalangan wanita muslimah, 
makin hari makin bertambah ketat dan transparant, maka jadilah mereka 
wanita yang disebut oleh Nabi sebagai wanita kasiyat 'ariyat (berpakaian
 tetapi telanjang!).
Keempat: Agak dibuka Sedikit
Setelah
 para wanita muslimah memakai pakaian yang ketat, maka syaitan datang 
lagi. Dan sebagaimana biasa, dia menawarkan idea baru yang sepertinya 
"cool" dan "vogue", yakni dibisikkan kepada wanita itu, "Pakaian seperti
 ini membuat anda susah berjalan atau duduk, soalnya sempit, apa tak 
sebaiknya dibelah hingga lutut atau mendekati paha? Dengan itu kamu akan
 lebih selesa, lebih kelihatan lincah dan energik. " Lalu dicubalah idea
 baru itu, dan memang benar, dengan dibelah mulai dari bahagian bawah 
hingga lutut atau mendekati paha, ternyata membuat lebih selesa dan 
selesa, terutama ketika mahu duduk atau naik kenderaan. "Ya .... 
tersingkap sedikit tak mengapa lah, yg penting enjoy," katanya.
2. Terbuka Sedikit Demi Sedikit.
Kini
 syaitan melangkah lagi, dengan tipu daya lain yang lebih "power", 
tujuannya agar para wanita menampakkan bahagian aurat tubuhnya.
Pertama: Membuka Telapak Kaki dan Tumit
Syaitan
 berbisik kepada para wanita, "Baju panjang benar-benar tidak praktikal,
 kalau hanya dgn membelah sedikit bahagiannya masih kurang selesa, lebih
 elok kalau dipotong sahaja hingga atas mata kaki, barulah agak longgar 
... Oh ya, ada yang terlupa, kalau kamu pakai baju sedemikian, maka 
jilbab yang besar tidak sepadan lagi, skrg kamu carilah tudung yang 
kecil agar lebih serasi dan sepadan, asal orang tetap menamakannya 
dengan tudung. "
Maka
 para wanita yang terpengaruh dengan bisikan ini terburu-buru mencari 
fashion pakaian yang dimaksudkan. Tidak ketinggalan sandal tumit tinggi,
  apabila berjalan, dapat menarik perhatian orang.
Kedua: Membuka Seperempat Hingga Separuh Betis
Terbuka
 telapak kaki telah biasa dia lakukan, dan ternyata org yang melihat 
juga tidak begitu ambil peduli. Maka syaitan kembali berbisik, "Ternyata
 kebanyakan manusia menyukai apa yg anda lakukan, buktinya mereka tidak 
ada reaksi apa-apa, kecuali hanya beberapa orang. Kalau langkah kakimu 
masih kurang selesa, maka cubalah kamu cari fashion lain yg lebih 
menarik. Bukankah kini banyak skirt separuh betis dijual di pasaran? 
Tidak usah terlalu terbuka, hanya terlihat kira-kira sepuluh sentimeter 
saja. Nanti kalau sudah biasa, barulah kamu cari fashion baru yang 
terbuka hingga separuh betis. "
Ketiga: Terbuka Seluruh Betis
Kini
 di mata si wanita, zaman benar-benar telah berubah, syaitan telah 
berhasil membalikkan pandangan jernihnya. Kadang-kadang si wanita 
berfikir, apakah ini tidak menyelisihi para wanita di masa Nabi dahulu. 
Namun bisikan syaitan dan hawa nafsu menyahut, "Ah jelas tidak, kan 
sekarang zaman sudah berubah, kalau zaman dulu para lelaki mengangkat 
pakaiannya hingga setengah betis, maka wanitanya harus menyelisihi 
dengan menjulurkannya hingga menutup telapak kaki, tapi kini lain, 
sekarang banyak lelaki yang menurunkan pakaiannya hingga bawah mata 
kaki, maka wanitanya harus menyelisihi mereka iaitu dengan mengangkatnya
 hingga setengah betis atau kalau perlu lebih ke atas lagi, sehingga 
nampak seluruh betisnya. "
"Tetapi
 apakah itu tidak menjadi fitnah bagi kaum lelaki?" . "Fitnah? Ah, itu 
kan zaman dulu, di masa itu kaum lelaki tidak suka kalau wanita 
menampakkan auratnya, sehingga wanita-wanita mereka lebih banyak duduk 
di rumah dan pakaian mereka sangat tertutup. Tapi sekarang sudah 
berbeza, kini kaum lelaki kalau melihat bahagian tubuh wanita yang 
terbuka, mereka malah senang dan mengatakan 'ooh' atau 'wow'. Bukankah 
ini bererti sudah tidak ada lagi fitnah, kerana sama-sama suka? Lihat 
saja fashion pakaian di sana-sini, dari yang di pasar malam hingga yang 
di jual di butik, membeli-belah, semuanya memperagakan fesyen yang 
dirancang khusus untuk wanita moden di zaman ini. Kalau kamu tidak 
mengikutinya, akan menjadi wanita yang ketinggalan zaman. "
3. Serba Mini
Setelah
 pakaian yang menampakkan betis menjadi pakaian sehari-hari dan 
dirasakan biasa-biasa saja, maka datanglah bisikan syaitan yg lain.
"Pakaian
 memerlukan variasi, jangan yang itu-itu saja, sekarang ini model skirt 
mini, dan agar sepadan, rambut kepala harus terbuka, sehingga 
benar-benar kelihatan indah."
Maka
 akhirnya skirt mini yang menampakkan bahagian bawah paha dia pakai, 
bajunya pun bervariasi, ada yang terbuka hingga lengan tangan, terbuka 
bahagian dada sekaligus bahagian punggungnya, dan pelbagai fesyen lain 
yang serba pendek dan mini. Koleksi pakaiannya sangat beraneka ragam, 
ada pakaian untuk berpesta, bersosial, pakaian kerja, pakaian rasmi, 
pakaian malam, petang, musim panas, musim sejuk dan lain-lain, tidak 
ketinggalan pakaian pendek separuh paha pun dia ada. Model dan warna 
rambut juga ikut bervariasi, semuanya telah dicuba. Begitulah sesuatu 
yang sepertinya mustahil untuk dilakukan, ternyata kalau sudah dihiasi 
oleh syaitan, maka segalanya menjadi serba mungkin dan diterima oleh 
manusia.
Hingga
 suatu ketika, muncul idea untuk mandi di kolam renang terbuka atau 
mandi di pantai, di mana semua wanitanya sama, hanya dua bahagian paling
 ketara saja yang tersisa untuk ditutupi, iaitu kemaluan dan buah dada. 
Mereka semua memakai pakaian yg sering disebut "bikini". Kerana semuanya
 begitu, maka harus ikut begitu, dan na'udzubillah bisikan syaitan 
berhasil, tujuannya "Membogelkan Kaum Wanita" tercapai.
"Seterusnya
 terserah kamu wahai wanita, kamu semua sama, telanjang di hadapan 
lelaki lain, di tempat awam. Aku berlepas diri kalau nanti kelak kamu 
sama-sama di neraka. Aku hanya menunjukkan jalan, engkau sendiri yang 
melakukan itu semua, maka tanggunglah sendiri semua dosamu" kata 
syaitan, tidak mahu mengambil risiko.
Demikianlah
 halusnya cara yg digunakan syaitan, sehngga manusia terjerumus dalam 
dosa tanpa terasa. Selamatkan para wanita muslimah, jangan jerumuskan 
mereka ke dalam kebinasaan yang menyengsarakan, baik di dunia mahupun di
 akhirat.
Wallahu a'lam bisshawab.
- s : detik islam
- Sumber asal Kitab "At ta'ari asy syaithani", Adnan ath-Thursyah.
The Art Of Islam
Post a Comment