Kelebihan Minum Air Waktu Sahur
Bersahur itu sangatlah dituntut kepada kita para Saim (orang-orang yang berpuasa).
Diriwayatkan Ahmad dari Abu Sa'id bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yng maksudnya:
"Bersahur itu adalah 
suatu keberkatan. Maka janganlah kamu meninggalkannya walaupun dengan 
hanya meneguk air seteguk,kerana Allah dan para Malaikat berselawat atas
orang-orang yang bersahur."
Sunah bersahur ini 
membezakan puasa cara Islam dengan puasa agama dan bangsa lain di dunia 
ini. Diriwayatkan oleh Muslim dari Amer ibn 'Ash, bahawa Rasulullah 
sa..w bersabda yang bermaksud: "Yang menceraikan antara puasa kita 
dengan puasa Yahudi Nashara (ahli
kitab) ialah makan sahur."
Begitu kuat penekanan 
dari Rasulullah s.a.w kepada kita agar bersahur sehingga kalau rasa 
tidak boleh makan kerana kenyang atau lain-lain sebab cukuplah dengan 
hanya seteguk air.
Apa Fungsi Air kepada kita?
Penekanan tegas Nabi 
agar seteguk air pun baik untuk bersahur jika kita rasa tidak hendak 
makan menunjukkan bahawa kehadiran air dalam tubuh kita telah diketahui 
sangat pentingnya oleh Rasulullah s.a.w..
Dan sains perubatan telah lama mencatitkan ini dalam buku-buku perubatan.
Air dan Fungsinya.
Air sangat penting 
kepada tubuh. Air boleh berfungsi sebagai pelarut dan juga sebagai 
'pengakutan nutrien' tak organik. Air diperlukan dalam pembentukan 
struktur tisu seperti darah sempurna, otot dan tulang.
Minum Air waktu Sahur
Penyejatan air dari 
kulit dan penghembusan keluar air ke udara dari peparu penting untuk 
pengawal aturan suhu tubuh. Air memindahkan suhu dari satu bahagian 
tubuh kebahagian lain; di mana perpindahan air ini menstabilkan suhu tubuh. Tubuh
 menggunakan air untuk membolehkan buah pinggang berfungsi secara 
normal. Kebanyakan bahan kumuhan tubuh dikumuhkan melalui buah pinggang.
Cecair tubuh menjadi 
medium (pengantara) untuk enzim dalam keadaan larut, hormon dan koenzim.
 Enzim ialah protein yang memulakan dan mencepatkan tindakbalas.
Hormon ialah rembesan 
kelenjar yang bertindak sebagai pengutus kepada organ tubuh dengan 
merangsangkan beberapa proses kehidupan dan merencatkan yang lain. 
Koenzim ialah sebahagian enzim yang diperlukan untuk pengaktifan molekul
 protein untuk membentuk satu enzim yang sempurna. Air juga menolong 
menyelenggarakan imbangan elektrolit dan juga
bertindak sebagai pelincir dalam pencernaan serta proses-proses lain dalam tubuh.
Air Liur
Air liur memudahkan 
pengunyahan dan penelanan. Kadar air liur sentiasa mesti cukup. Kadar 
pengaliran air liur yang rendah (kadar air liur rehat secara purata 
ialah 0.208 ml/minit, dapat meningkatkan kejadian karies (caries) kerana
 ia mengganggu pembuangan sisa-sisa makanan kariogenik di dalam mulut. (karies -kebusukan dan luluhan bahan pada gigi).
Air liur yang 
dirembeskan dalam keadaan biasa sedikit sahaja mengandungi glukosa dan 
tidak ada sukrosa. Apabila makanan yang kaya dengan gula dimakan 
kepekatan gula dalam air liur
 meningkat lebih daripada 1 mg/ml sehingga menghasilkan pH yang cukup 
rendah untuk memulakan pendemineralan gigi. Dengan itu, pengambilan 
makanan yang kaya dengan gula dan kadar pengaliran air liur yang rendah membuatkan gula menjadi tersedia ada kepada mikroorganisma
 dalam jangka masa yang panjang sehingga dapat menghasilkan asid yang 
cukup untuk membolehkan karies gigi berkembang.
Disinilah saranan 
Rasulullah s.a.w. agar kita berbuka dengan sedikit juadah manis seperti 
kurma adalah satu saranan yang baik untuk kesihatan tubuh sekaligus 
merupakan saranan yang saintifik.!
Minum Air Waktu Sahur
Memandangkan betapa pentingnya air dalam kehidupan manusia, tidaklah hairan mengapa tanpa air dalam beberapa hari boleh menyebabkan maut. Kita mungkin sudah terbaca berita bagaimana beberapa orang mangsa gempa bumi di Turki baru-baru ini ditemui masih hidup walaupun sudah tertimbus dalam tanah dan runtuhan bangunan lebih sepuluh hari - mereka itu masih hidup kerana dapat minum air sedikit dari pengaliran dan titisan air hujan yang ada. Malah di Taiwan mangsa gempa bumi yang ditemui masih hidup dalam keadaan yang sama menceritakan bagaimana mereka terpaksa minum air kencing sendiri selain dari tetesan air dalam bumi. Ini menunjukkan bahawa manusia boleh bertahan hidup tanpa makan tapi mesti ada air.
Dalam keadaan normal, 
sebanyak tiga liter air hilang daripada tubuh setiap hari. Sebahagiannya
 dikeluarkan sebagai air kencing, ada melalui kulit, paru-paru dan 
najis. Oleh itu, kira-kira tiga liter perlu diambil setiap hari untuk 
menggantikan apa yang telah dikumuhkan. Sumber
 air adalah daripada minuman, hasil pengoksidaan makanan dan makanan 
basah. Air daripada pengoksidaan makanan dan bahan makanan basah 
dirujukkan sebagai air metabolik.
Minum Air Sihatkan Tubuh- Jauhkan Penyakit.
Kajian sains menunjukkan
 bahwa walaupun satu daripada sebab sesuatu penyakit dalam tubuh kita 
adalah kerana kehadiran kuman, bakteria dan lain-lain unsur luar. Tapi 
punca akar umbinya ialah kerana sistem perparitan dalam tubuh yakni 
sistem aliran darah dan lain-lain sistem
 perkumuhan telah tersumbat dengan banyaknya bahan toksid dan lain-lain 
bahan kotor yang wujud kerana makan terlalu banyak sehingga tidak sempat
 dihazamkan; kurang minum air, kurang makan sayur dan buah-buahan.
Cara yang paling baik 
ialah minum air bersih setiap hari dan minum jus buah-buahan (buat 
sendiri di rumah untuk elakkan campuran bahan lain di kedai.) Meminum 
air yang banyak boleh menyebabkan sistem yang tersumbat dalam tubuh 
dibersihkan dan terkeluarnya bahan yang tidak diperlukan termasuk bahan 
toksid.
Orang yang puasa 
hendaklah banyak minum air ketika sahur dan berbuka. Kurangnya air dalam
 tubuh boleh menyebabkan dehaidrasi (dehyration)- kekeringan tubuh.
Maka itulah sebabnya 
agama Islam memastikan bahawa perintah puasa bersesuaian dengan SUNAH 
penciptaan manusia- hanya berpuasa dari Subuh hingga Maghrib. Ini 
sekaligus mengelakkan dari bahaya dehaidrasi dan lain-lain penyakit.
Inilah sebabnya kita 
disuruh berbuka dengan minum air dan makan bahan makanan manis sedikit. 
Dan inilah juga yang membezakan puasa umat Islam dengan puasa 
bangsa-bangsa lain.
Post a Comment