Sejarah Tersembunyi Lambang Negara Amerika
Lambang negara AS sarat
dengan simbol Kabbalah. Namun tahukah anda jika di sebalik semua ini,
terdapat cita-cita global kaum elit iluminati dan Rotschild sebagai
dalangnya?
Lambang negara merupakan
asas falsafah suatu bangsa dan negara di seluruh dunia. The Great Seal
United State of America iaitu lambang bagi negara Amerika dan yang
uniknya hanya AS sahaja yang mempunyai lambang negara di mana kedua-dua
sisinya 'dihiasi' simbol-simbol Kabbalah.
Amerika Syarikat secara
rasmi ditubuhkan pada tahun 1776 mempunyai Lambang Negara yang unik.
Satu bahagian bergambar Burung helang yang mengembangkan sayap dan kedua
kakinya mencengkam anak panah dan daun zaitun dan bahagian lain
bergambar piramid seperti belum siap dibina.
Dalam artikel terdahulu
di Eramuslim dan juga di dalam Eramuslim Digest edisi "The New
Jerusalem", telah diulaskan secara panjang lebar pelbagai simbol
Kabbalah ini, di antaranya begitu banyak angka 13 angka suci kaum
Kabbalah di dalam lambang negara tersebut yang direpresentasikan ke
dalam pelbagai jumlah simbol dan angka yang ada.
Bagi yang ingin ingin
mengetahu lebih lanjut tentang hal ini sila lihat di laman web
eramuslim.com/berita/tahukah-anda/amerika-adalah-negara-kabalis-2.htm.
Texe Marrs, dalam "Codex
Magica: Secret Signs, Mysterious, and Hidden Codes of Illuminati"
(2013), menulis, "Simbol pada logo presiden sekilas kelihatan tidak
sesuai dengan sejarah, organisasi politik dan warisan agama dari bangsa
kita yang besar. Sebuah piramid Mesir? Apa hubungannya dengan Amerika?
Inskripsi latin yang aneh? Mata aneh melihat semua yang diterangi oleh
cahaya matahari? Sememangnya janggal... "
Marrs adalah warganegara
Amerika Syarikat dan seorang Kristian yang taat. Lebih dari itu, Marrs
juga bekerja sebagai pembantu profesor kajian aeroangkasa, mengajar
Dasar Pertahanan Amerika, sistem senjata strategik, dan kuliah yang
berkaitan di University of Texas di Austin selama lima tahun. Beliau
juga bekas pegawai USAF (United States Air Force) yang pernah bertugas
di Vietnam, Jerman, Itali, dan seluruh Asia ini sekarang dikenali
sebagai salah seorang penyelidik Kabbalah dan illuminati paling
terkemuka.
Mengenai logo presiden
atau lambang negara AS, masyarakat umum hanya mengetahui pada tahun
1776, selang beberapa jam selepas Deklarasi Kemerdekaan secara rasmi
disahkan, sebuah jawatankuasa yang terdiri dari Benjamin Franklin,
Thomas Jefferson, dan John Adams bertemu untuk merancang menghasilkan
lambang negara ini. Mereka menjemput seorang artis, Pierre Eugene Du
Simitiere untuk berganding bahu dengan mereka.
Dalam pertemuan
tersebut, rancangan Simitiere diluluskan sebulat suara. Namun sayang,
Kongres Eropah menolaknya. Akhirnya pada tahun 1782, atas permintaan
Kongres, pakar simbol dan lambang bernama William Barton dijemput.
Dengan bantuan Charles Thompson iaitu Setiausaha Kongres, Barton berjaya
mereka bentuk lambang yang seperti kita lihat sekarang ini.
Texe Marrs mengulas
ringkas, "Apa yang dipaparkan di atas adalah versi rasmi." Pakar simbol
yang pernah bertugas di USAF sebagai Komander Komunikasi Elektronik dan
Unit Kejuruteraan ini tahu jika sejarah rasmi seringkali sudah rancang
oleh tangan ghaib sehingga sudah tidak murni lagi. Dari kajian beliau
berkenaan kesusasteraan dan berbincang dengan ramai pakar, Marrs
mendapatkan maklumat berharga iaitu salah seorang puak Rotschild berada
di belakang pembuatan lambang negara Amerika ini.
Dalampenemuan Marrs
tersebut, jawatankuasa Franklin, Jefferson, dan Adams telah dibantu
penuh oleh seorang lelaki misteri dari Eropah dan tinggal di Philadelph.
Lelaki itu bernama Haym Solomon. Jelas itu adalah nama seorang Yahudi.
Solomon merupakan seorang banker terkemuka yang dipercayai menjadi wakil
Amerika bagi kerajaan perniagaan Rotschild di Eropah. Solomon telah
membawa reka bentuk lambang negara yang terdiri dari dua sisi yang
seperti sekarang ini. Untuk memastikan rancangannya itu berjalan lancar,
dia telah merasuah sejumlah ahli politik Amerika.
Rancangan logo presiden
atau lambang negara AS yang dibawanya sesuai dengan tujuan illuminati di
mana Rotschild menjadi tokoh dari gerakan persaudaraan sihir Kabbalah
antarabangsa ini.
"Walau mereka mempunyai
cita-cita Yahudi dan Zionis, puak Rotschild bukanlah penyembah Tuhan
dalam Perjanjian Lama dan Baru Alkitab. Mereka mempunyai teologi
Sabbatian Frankist, atau yang lebih umum dikenali dengan teologi
penyembah syaitan. Lucifer adalah tuhan mereka, "tulis Marrs.
"Mereka mencari (dan
masih mencari hingga sekarang) suatu utopia atau Kerajaan Yahudi di
planet Bumi. Kerajaan ini akan menjadi New Age iaitu penerus Babel atau
Babilon dan Mesir purba. Ini akan menjadi bangsa yang berkuasa penuh
melalui sihir dan intelek untuk menakluki dunia. Amerika akan menjadi
proksinya. Amerika akan menjadi alter-egonya. Kerana itu Amerika harus
dibuat menjadi sebuah negara Yahudi kabalistik. "
Agen Rotschild bernama
Haym Solomon, membawa berjuta-juta dollar untuk rasuah. Sebahagian dana
itu dipakai untuk membiayai Kongres Eropah dan operasinya. Sebahagian
lagi masuk ke Kementerian Kewangan untuk membiayai Perang Revolusi, dan
beberapa lagi masuk ke dalam poket para ahli politik.
Rotschild berjaya
merekabentuk lambang negara Amerika. "Walaupun begitu, beberapa pihak
yang mengenali elemen-elemen Masonik dan iluminati menentangnya ..,"
demikian Marrs.
Pada awalnya bahagian
piramid Masonik disembunyikan. Jadi yang digunakan hanya bahagian yang
berganbar burung helang yang menggenggam anak panah dan daun zaitun.
Bahagian yang disembunyikan ini, yang memuatkan gambar piramid Masonik
dengan All Seing Eyes hanya didedahkan kepada masyarakat pada tahun 1935
iaitu hari yang sama diterbitkannya mata wang satu Dollar. Franklin D
Roosevelt, Presiden Amerika Syarikat yang juga seorang Mason darjah 33,
yang mengarahkan bahagian logo primaid ini didedahkan setelah lebih dari
150 tahun disembunyikan.
Texe Marrs, dan juga
seluruh penyelidik Illuminati dan Kabbalah, bersepakat jika negara
Amerika Syarikat memang dikhaskan sebagai The Great Lodge of
Freemasonry, rumah besar bagi gerakan Kabbalah dunia yang akan bekerja
siang malam untuk merealisasikan The New World Order, Tata dunia baru.
Post a Comment